Wednesday, March 26, 2008

Sejarah Kedatangan Pak Musa Ke Membakut

Sejarah kedatangan Pak Musa ke Membakut.

Musa Unggu digeruni penjajah

Pahlawan sabah gunakan perniagan satukan masyarakat lawan Jepun.
DAtuk Maharajalela Musa Unggu atau dikenali Pak Musa diiktiraf seorang daripada pejuang kemerdekaan Sabah,tetapi tidak ramai yang tahu tokoh itu dibunuh kerana karismanya dalam bidang perniagaan pada awal abad ke-20.
Pak Musa atau nama asalnya sebelum memeluk Islam ,Adui Unggu dibunuh secara kejam oleh askar Jepun pada 1944 keranaa ketokohannya memajukan ekonomi orang Sungai,Kadazandusun,Brunei dan Bisaya di Membakut dan Beaufort.
Keadah perniagaan digunakan mirip system koperasi iaitu pelbagai hasil tani,belantara dan haiwan buruan tokoh itu dan pengikutnya akan dikumpul,sebalum dipasarkan sehingga ke Brunei Darussalam dan Singapura.
Kebijaksanaan pahlawan Sabah itu menyatukan masyarakat pelbagai kaum dalam bidang perniagaan menyebabkan Jepun menganggapnya ancaman kepada mereka.Beliau dan pengikutnya diisytiharkan sebagai musuh kerana kononnya menjadi sekutu Syarikat Berpiaga Borneo Utara British (SBBUB). Jepun menganggap Pak Musa berselindung di sebalik perniagaan yang ditaja oleh British untuk mempengaruhi rakyat Membakut dan Beaufort supaya menyertai perjuangan SBBUB untuk mengusir mereka dari bumi Borneo Utara (Kini Sabah).
Ini menyebabkan askar Nippon memburu Pak Musa dan pengikutnya,tetapi mereka engganberundur,sebaliknya menyerang balas setiap kali masyarakat pribunmi di Membakut dan Beaufort dibunuh,ditindas dan diugut penjajah.

Cucu saudaranya,Subohria Amat Tua,83,berkata Pak Musa dilahirkan di Kampung Kusilad,Pitas di Utara Sabah pada 1867,tetapi menjadikan Paitan,Beluran dan Membakut sebagai pangkalan untuk menentang British dan Jepun.
Beliau berhijrah ke Paitan ketika usia remaja untuk menuntut ilmu persilatan dan kebatinan pada 1908.Ketika zaman penjajahan British,beliau bersama pengikutnya menyerang dan membakar Balai Polis Tanjung Nipis,Paitan untuk membela nasib masyarakat pribumi daerah itu yang menjadi PEDANG milik Pak Musa yang digunakan menentang penjajah
Mangsa kekejaman SBBU. Ini menyebabkan beliau menjadi buruan penjajah dan kemuncaknya dibuang daerah ke Membakut pada 1913 iaitu selepas beliau menerima tawaran British untuk dan hukuman bunuh ditukar kepada buang daerah. Turut di buang daerah adalah abangnya Pak Musa,Mondut danadiknya Mualas Unggu serta dua sepupu mereka dikenalai Kuloi dan Ulan yang diarahkan ke Membakut manakala dua lagi,Serail (Klias,Beaufort) dan Unggal (Kinarut,Papar)Mondut meninggal dunia dalam perjalanan dari Petagas ke Membakut.
Suboriah berkata,mangsa kekejaman penjajah itu meninggalkan kampong halaman bersama keluarga masing-masing dan belayar ke Jesselton(Kini Kota kinabalu) menggunakan kapal layar yang mereka sediakan sendiri.Pelayaran enam bulan itu tanpa pengawasan SBBUB.
Cicit Pak Musa Syehriffah Tanjil mewarisi harta
Pusaka milik Pak Musa
Selain pernah menetap di rumah Pak Musa,subohria mendapat maklumat kepahlawanan Pak Musa daripada ibunya Dauyah Mondut yang terbabit dalam pelayaran merentasi samudera Pitas,Kota Marudu,Kota Belud dan Tuaran.
Beliau berkata,sebaik tiba di Jesselton wakil Residen British membawa mereka ke Petagas dekat Bandar itu dan menetap di sana selama tiga tahun sebelum diarahkan ke Membakut. Suboharia berkata,Pak Musa sering bertapa di lubang batu di kenali “ wasai” yang kini masih wujud di kawasan air terjun Pak Musa di pinggir Kampung Bambangan,kira-kira 12 kilometer dari Pekan Membakut.
Selain mengukuh dan meningkatkan ilmu batin dan persilatan,tokoh itu turut menceri ilham untuk meningkatkan ekonomi masyarakat pribumi dan membebaskan anak watan daripada cengkaman penjajah,katanya. Suboharia masih ingat,lima perahu besar digunakan untuk mengangkut hasil dagangan Pak Musa dari Kampung Bambangan ke Pekan Membakut sebalum diangkut menggunakan kereta api ke Kota Kinabalu atau Tenom.
Katanya hasil dagangan dikumpul oleh pengikutnya yang diperolehi daripada suber kebun dan belantara sekitar Membakut dab Beaufort serta rumah Pak Musa adalah pusat pengumpulan barang berkenaan sebelum dipasarkan. Bagaimanapun,katika itu Kempetei (Perisik tenteta Jepun) sering keluar masuk Kampong Bambangan untuk memburu Pak Musa dan pengikutnya. Jepun yang menyedari sukar untuk mengalahkan Pak Musa,menukar strategi dengan dengan mengugut akan menangkap dan membunuh keluarganya.Ini membuatkan Pak Musa membuat keputusan untuk menyerah diri.
Jepun dikatakan menerima maklumat bahawa ilmu Pak Musa boleh terakhis jika memasuki kawasan bernajis. Askar Nippon kemudian memasang jerangkap samar pada sebuah lubang najis di dalam penjara. Suboharia yang menyimpan lembing digunakan Pak Musa ketika menentang Jepun dan British berkata,Pak Musa kononnya terjatuh ke dalam lubang itu menyebabkan kekebalannya hilang sekali gus peluang itu digunakan askar Nippon untuk memancung kepalanya.

Friday, February 15, 2008

Pengenalan

Kampung Bambangan adalah sebuah kampung yang terletak 12km daripada pekan membakut dan di hubungi dengan jalan raya tanah merah yang sedang dalam pembinaan yang bermula pada awal january 2008. Dalam sejarah kampung Bambangan ini telah di terokai oleh seorang pahlawan yang menentang pendudukan British keatas negeri Sabah dalam tahun 50an. Pada masa pembukaan kampung ini perhubungan hanya melalui sungai menggunakan perahu sahaja. Tahun demi tahun perubahan telah berlaku di mana sudah 50 tahun malaysia merdeka akhirnya impian penduduk mula tercapai jua, ini adalah keprihatinan pamimpin-pamimpin yang ada sekarang.

Sejarah pembukaan Kampung Bambangan oleh Pak Musa

Pak Musa

Pak Musa mengikut sejarah adalah berasal dari Paitan. Setelah menentang British di Paitan selama 7 tahun akhirnya beliau menyerah dan diarah berpindah ke lain tempat oleh British. Berikutan daripada arahan tersebut, Pak Musa telah mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan pedalaman bawah melalui Kota Kinabalu. Perjalanan Pak Musa dari Paitan ke Kota Kinabalu adalah menggunakan kapal air kepunyaan British. Dalam usaha beliau mencari tempat untuk tinggal di kawasan pedalaman bawah, beliau telah tinggal di beberapa buah tempat seperti Papar tetapi beliau tidak berminat untuk tinggal disana dan akhirnya memilih Membakut iaitu Kuala Sungai Angitan yang kini dikenali sebagai Kg. Bambangan Membakut mengambil nama sebatang pokok bambangan yang memang berada di sini.
Rombongan Pak Musa sampai ke Bambangan seramai lima orang iaitu Pak Musa sendiri, isteri Pak Musa, Mualas, Sulaiman, Musit Selair dan Absar. Setelah 7 tahun berkampung di Bambangan, beliau kembali semula ke Paitan untuk membawa sanak saudara serta suku-sakat beliau ke Bambangan. Di antara yang menyertai Pak Musa ialah Nailih Mandut, Tikon Mandut, Kuloi, Tutung, Majir Panjang, Amboi, Diah, Ower, Atong, Arat Maning dan Salleh Tabatu. Mereka ini akhirnya beranak-pinak dan beranak cucu di Bambangan hinggalah pada hari ini. Kelebihan yang ada pada Pak Musa pada zaman dahulu ialah beliau dipercayai mempunyai kelebihan yang luar biasa iaitu dianggap sangat kuat menentang British dan Jepun. Ada cerita mengatakan bahawa beliau dapat melompat sungai yang selebar 200 kaki iaitu Sungai Kanibungan, Sandakan. Selain daripada itu, satu kisah lagi berlaku di Pekan Membakut, beliau dikatakan pernah menarik sebuah keretapi yang sedang berjalan sehingga berhenti. Beliau mempunyai anak berlidah hitam tetapi anak tersebut telah meninggal dunia. Beliau dipercayai ghaib dan tidak diketahui di mana beliau berada sehingga sekarang.
Dewan Pak Musa Beaufort sekarang ini ialah mengambil sempena nama Pak Musa yang diceritakan ini. Cadangan ini telah dikemukakan oleh Allahyarham Orang Tua Udin iaitu Ketua Kampung Bambangan yang telah dipersetujui oleh Ahli Jawantakuasa berkenaan melalui cabutan undi