Friday, February 15, 2008

Sejarah pembukaan Kampung Bambangan oleh Pak Musa

Pak Musa

Pak Musa mengikut sejarah adalah berasal dari Paitan. Setelah menentang British di Paitan selama 7 tahun akhirnya beliau menyerah dan diarah berpindah ke lain tempat oleh British. Berikutan daripada arahan tersebut, Pak Musa telah mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan pedalaman bawah melalui Kota Kinabalu. Perjalanan Pak Musa dari Paitan ke Kota Kinabalu adalah menggunakan kapal air kepunyaan British. Dalam usaha beliau mencari tempat untuk tinggal di kawasan pedalaman bawah, beliau telah tinggal di beberapa buah tempat seperti Papar tetapi beliau tidak berminat untuk tinggal disana dan akhirnya memilih Membakut iaitu Kuala Sungai Angitan yang kini dikenali sebagai Kg. Bambangan Membakut mengambil nama sebatang pokok bambangan yang memang berada di sini.
Rombongan Pak Musa sampai ke Bambangan seramai lima orang iaitu Pak Musa sendiri, isteri Pak Musa, Mualas, Sulaiman, Musit Selair dan Absar. Setelah 7 tahun berkampung di Bambangan, beliau kembali semula ke Paitan untuk membawa sanak saudara serta suku-sakat beliau ke Bambangan. Di antara yang menyertai Pak Musa ialah Nailih Mandut, Tikon Mandut, Kuloi, Tutung, Majir Panjang, Amboi, Diah, Ower, Atong, Arat Maning dan Salleh Tabatu. Mereka ini akhirnya beranak-pinak dan beranak cucu di Bambangan hinggalah pada hari ini. Kelebihan yang ada pada Pak Musa pada zaman dahulu ialah beliau dipercayai mempunyai kelebihan yang luar biasa iaitu dianggap sangat kuat menentang British dan Jepun. Ada cerita mengatakan bahawa beliau dapat melompat sungai yang selebar 200 kaki iaitu Sungai Kanibungan, Sandakan. Selain daripada itu, satu kisah lagi berlaku di Pekan Membakut, beliau dikatakan pernah menarik sebuah keretapi yang sedang berjalan sehingga berhenti. Beliau mempunyai anak berlidah hitam tetapi anak tersebut telah meninggal dunia. Beliau dipercayai ghaib dan tidak diketahui di mana beliau berada sehingga sekarang.
Dewan Pak Musa Beaufort sekarang ini ialah mengambil sempena nama Pak Musa yang diceritakan ini. Cadangan ini telah dikemukakan oleh Allahyarham Orang Tua Udin iaitu Ketua Kampung Bambangan yang telah dipersetujui oleh Ahli Jawantakuasa berkenaan melalui cabutan undi

10 comments:

Unknown said...

pak musa juga mempunyai keluarga terdekat pada masa kini yang menetap di kampung lunbang buaya paitan.legenda pak musa sangat luar biasa kerana pak memiliki banyak ilmu

Anonymous said...

hmmm
siapa tulis ni
ada yg dari petikan buku la
ada juga betul punya haha

tapi kira ok la
thx sebab buat blog pasal moyang saya
:)

MusaLegacy

Unknown said...

Assalamualikum para pembaca yang budiman, saya selaku "Penyimpan Tersilah Pengiran Shahbandar Meninggi Alun ingin memaklumkan para pembaca sedikit sebanyak ehwal perjalanan hikayat almarhum Pak Musa sebagaimana yang tercatat dalam Tersilah Keluarga Pengiran Shahbandar Meninggi Alun.

Dimaklumkan bahawa Pak Musa adalah seorang Bangsa Orang Sungai Bengkoka berasal dari Paitan. Beliau adalah salah seorang pejuang menentang Pemerintah Inggeris dibawah pimpinan al-marhum Pengiran Di Gadung Sammah.Isterinya bernama Apoh Indah @ Dayang Salamah binti Pengiran Shahbandar Meninggi Alun.

Pada tahun bulan Januri, 1884 beliau bersama-sama para pejuang bangsa Orang Sungai Buludupih berperang dengan Pasukan Keselamatan Inggeris di Kampung Melapi, Sukau, Kinabatangan. Dalam pertempuran itu, Pengiran Di Gadung Sammah gugur sebagai seorang Pahlawan Bangsa Buludupih.

Governor North Borneo ketika itu Wiliam Hood Treacher menjatuhkan hukuman kepada pengikut-pengikut Pengiran Di Gadung Samah seperti berikut:-

1. Panglima Dait - bapa mertua Pak Musa, dijatuhkan hukuman buang negeri. Beliau dibuang di Pulau Jolo, Filipina Selatan. Beliau dilarang kembali ke North Borneo. Jikalau melanggar perintah dan tertangkap akan dijatuhkan hukuman bunuh.

2.Pengiran Kahar bin Pengiran Shahbandar Meninggi Alun dijatuhkan hukuman buamg daerah. Beliau dibuang di Kampung Memiang, Kuala Kinabatangan dengan perintah tidak boleh mudik ke ulu Sungai Kinabatangan. Jikalau melanggar perintah dan tertangkap akan dijatukhan hukuman bunuh.

3. Laksamana Tobacco @ Laksamana Timbokok dijatuhkan hukuman buang daerah. Beliau dibuang di Sungai Lokan, Ulu Kinabatangan dengan perintah tidak boleh turun ke muara Sungai Kinabatangan, jikalau melanggar perintah dan tertangkap akan dijatuhkan hukuman bunuh.

4.Pengiran Temanggong bin Pengiran Abdul Razak dibuang di Pulau Bod Datu, Telok Sandakan dengan perintah dilarang masuk ke Sungai Kinabatangan. Jikalau melanggar perintah dan tertangkap akan dijatuhkan hukuman bunuh.

5. Pak Musa dibuang di Kampung Mambangan, Telok Sandakan dengan perintah tidak boleh masuk ke Sungai Kinabatangan dan jikalau melanggar perintah dan tertangkap akan dijatuhkan hukuman bunuh.

Menurut Tersilah isteri Pak Musa adalah kakak kepada al-marhum Haji Sandukong bin Panglima Dait @ Dyte. Isteri Panglima Dait @ Dyte Dayang Kasuma binti Pengiran Shahbandar Meninggi Alun adik beradik dengan Panglima Tabaron bin Pengiran Shahbandar Meninggi Alun.

Pak Musa semasa bermukim di Kampung Bambangan menyertai Paduka Mat Salleh menyerang Inggeris di Buli Sim-Sim, kemudian ke Pulau Balambangan dan Kudat. Akhirnya sekali lagi dia tertangkap kerana ketika itu isterinya sedang sakit tenat. Pemerintah Inggeris membuang Pak Musa di Api-Api (Jesselton)- kini Kota Kinabalu. Di Api-Api sekali lagi Pak Musa terlibat menyerang Pulau Gaya. Akhirnya dia dibuang di Membakut.

Keluarga isteri Pak Musa bermastautin di Kota Kinabalu dan Sandakan. Salah seorang daripada mereka ialah:-

1. Datuk Seri Panglima Haji Hassan Alban bin Haji Sandukong
2. Haji Montoi bin Haji Sahih.

Sesiapa anak saudara yang ingin mengetahui Susurgalur Keturunan Pengiran Shahbandar Meninggi Alun sila hubungi saya melalui: sahihmontoi@gmail.com atau tulis kealamat berikut:-
Haji Montoi bin Haji Sahih
No.1, Jalan Istana
90000 Sandakan, Sabah,Malaysia.

Unknown said...

Ow

Bilit Guy said...
This comment has been removed by the author.
Bilit Guy said...

Salam Semua..
Diperhatikan bahawa terdapat dua versi penceritaan mengenai Pak Musa yang masing-masing mempunyai rentetannya tersendiri. Versi yang dimaksudkan adalah seperti dalam link Blog berikut ini http://majlistagajohgayoh.blogspot.my

Unknown said...

Maaf bertanya, bagaimana pula tentang adik beradik pak musa? Pak musa ada berapa adik beradik dan pak musa anak yang ke berapa? Mohon respon. Saya teringin sangat tahu sejarah keluarga pak musa huhuu..terima kasih

Unknown said...

Saya mahu tahu tentang adik beradik pak musa..hubungi saya di 0135499616..tq

Unknown said...

Saya ingin tahu dimana keturunan @ anak cucu Pak Musa

xanthosoachs said...

Casino Games - MapyRO
Welcome 진주 출장안마 to 경산 출장마사지 the Sloty.com Casinos. Home of slots & 익산 출장마사지 table games, 광주 출장마사지 find slot machines, go live! | Casino.com. © 2021 MapyRO. 당진 출장안마