Wednesday, March 26, 2008

Sejarah Kedatangan Pak Musa Ke Membakut

Sejarah kedatangan Pak Musa ke Membakut.

Musa Unggu digeruni penjajah

Pahlawan sabah gunakan perniagan satukan masyarakat lawan Jepun.
DAtuk Maharajalela Musa Unggu atau dikenali Pak Musa diiktiraf seorang daripada pejuang kemerdekaan Sabah,tetapi tidak ramai yang tahu tokoh itu dibunuh kerana karismanya dalam bidang perniagaan pada awal abad ke-20.
Pak Musa atau nama asalnya sebelum memeluk Islam ,Adui Unggu dibunuh secara kejam oleh askar Jepun pada 1944 keranaa ketokohannya memajukan ekonomi orang Sungai,Kadazandusun,Brunei dan Bisaya di Membakut dan Beaufort.
Keadah perniagaan digunakan mirip system koperasi iaitu pelbagai hasil tani,belantara dan haiwan buruan tokoh itu dan pengikutnya akan dikumpul,sebalum dipasarkan sehingga ke Brunei Darussalam dan Singapura.
Kebijaksanaan pahlawan Sabah itu menyatukan masyarakat pelbagai kaum dalam bidang perniagaan menyebabkan Jepun menganggapnya ancaman kepada mereka.Beliau dan pengikutnya diisytiharkan sebagai musuh kerana kononnya menjadi sekutu Syarikat Berpiaga Borneo Utara British (SBBUB). Jepun menganggap Pak Musa berselindung di sebalik perniagaan yang ditaja oleh British untuk mempengaruhi rakyat Membakut dan Beaufort supaya menyertai perjuangan SBBUB untuk mengusir mereka dari bumi Borneo Utara (Kini Sabah).
Ini menyebabkan askar Nippon memburu Pak Musa dan pengikutnya,tetapi mereka engganberundur,sebaliknya menyerang balas setiap kali masyarakat pribunmi di Membakut dan Beaufort dibunuh,ditindas dan diugut penjajah.

Cucu saudaranya,Subohria Amat Tua,83,berkata Pak Musa dilahirkan di Kampung Kusilad,Pitas di Utara Sabah pada 1867,tetapi menjadikan Paitan,Beluran dan Membakut sebagai pangkalan untuk menentang British dan Jepun.
Beliau berhijrah ke Paitan ketika usia remaja untuk menuntut ilmu persilatan dan kebatinan pada 1908.Ketika zaman penjajahan British,beliau bersama pengikutnya menyerang dan membakar Balai Polis Tanjung Nipis,Paitan untuk membela nasib masyarakat pribumi daerah itu yang menjadi PEDANG milik Pak Musa yang digunakan menentang penjajah
Mangsa kekejaman SBBU. Ini menyebabkan beliau menjadi buruan penjajah dan kemuncaknya dibuang daerah ke Membakut pada 1913 iaitu selepas beliau menerima tawaran British untuk dan hukuman bunuh ditukar kepada buang daerah. Turut di buang daerah adalah abangnya Pak Musa,Mondut danadiknya Mualas Unggu serta dua sepupu mereka dikenalai Kuloi dan Ulan yang diarahkan ke Membakut manakala dua lagi,Serail (Klias,Beaufort) dan Unggal (Kinarut,Papar)Mondut meninggal dunia dalam perjalanan dari Petagas ke Membakut.
Suboriah berkata,mangsa kekejaman penjajah itu meninggalkan kampong halaman bersama keluarga masing-masing dan belayar ke Jesselton(Kini Kota kinabalu) menggunakan kapal layar yang mereka sediakan sendiri.Pelayaran enam bulan itu tanpa pengawasan SBBUB.
Cicit Pak Musa Syehriffah Tanjil mewarisi harta
Pusaka milik Pak Musa
Selain pernah menetap di rumah Pak Musa,subohria mendapat maklumat kepahlawanan Pak Musa daripada ibunya Dauyah Mondut yang terbabit dalam pelayaran merentasi samudera Pitas,Kota Marudu,Kota Belud dan Tuaran.
Beliau berkata,sebaik tiba di Jesselton wakil Residen British membawa mereka ke Petagas dekat Bandar itu dan menetap di sana selama tiga tahun sebelum diarahkan ke Membakut. Suboharia berkata,Pak Musa sering bertapa di lubang batu di kenali “ wasai” yang kini masih wujud di kawasan air terjun Pak Musa di pinggir Kampung Bambangan,kira-kira 12 kilometer dari Pekan Membakut.
Selain mengukuh dan meningkatkan ilmu batin dan persilatan,tokoh itu turut menceri ilham untuk meningkatkan ekonomi masyarakat pribumi dan membebaskan anak watan daripada cengkaman penjajah,katanya. Suboharia masih ingat,lima perahu besar digunakan untuk mengangkut hasil dagangan Pak Musa dari Kampung Bambangan ke Pekan Membakut sebalum diangkut menggunakan kereta api ke Kota Kinabalu atau Tenom.
Katanya hasil dagangan dikumpul oleh pengikutnya yang diperolehi daripada suber kebun dan belantara sekitar Membakut dab Beaufort serta rumah Pak Musa adalah pusat pengumpulan barang berkenaan sebelum dipasarkan. Bagaimanapun,katika itu Kempetei (Perisik tenteta Jepun) sering keluar masuk Kampong Bambangan untuk memburu Pak Musa dan pengikutnya. Jepun yang menyedari sukar untuk mengalahkan Pak Musa,menukar strategi dengan dengan mengugut akan menangkap dan membunuh keluarganya.Ini membuatkan Pak Musa membuat keputusan untuk menyerah diri.
Jepun dikatakan menerima maklumat bahawa ilmu Pak Musa boleh terakhis jika memasuki kawasan bernajis. Askar Nippon kemudian memasang jerangkap samar pada sebuah lubang najis di dalam penjara. Suboharia yang menyimpan lembing digunakan Pak Musa ketika menentang Jepun dan British berkata,Pak Musa kononnya terjatuh ke dalam lubang itu menyebabkan kekebalannya hilang sekali gus peluang itu digunakan askar Nippon untuk memancung kepalanya.

7 comments:

Anonymous said...

Pak musa memeng lahir di paitan bukan di pitas. Kata aruwah bpa ku tawan bin lebak pak musa berasal dari paitan

Unknown said...

kenapa xda yg buat kajian tentang aulia aki malang n aulia aki ungkong.mereka ini adalah guru n saudara pak musa n jga guru kepada mat saleh di paitan.

Unknown said...

kenapa xda yg buat kajian tentang aulia aki malang n aulia aki ungkong.mereka ini adalah guru n saudara pak musa n jga guru kepada mat saleh di paitan.

Unknown said...

Maaf bertanya, kamu ada mklumat tentang adik beradik pak musa ka? Saya teringin tahu sejarah keluarga pak musa..

Unknown said...

Saya teringin tahu sejarah keluarga pak musa.tentang adik beradiknya, anak2 buahnya, nama ibu bapanya..dengan siapa sy boleh bertnya tentang hal ini? Tolong respon sy.whtsp 0135499616, tq.

Unknown said...

Whtsp sy di 0135499616

Hamba Allah said...

Kalau nak berjumpa dengan waris pak musa, mereka ada di kampung bambangan membakut, boleh la ke sana dn brtnya di mn waris2 pak musa, brtnya khabar pun boleh, semoga info ini dapat membantu saudara.